Thursday, April 9, 2009

Kamus Bahasa Kelantan

Walaupun aku dibesarkan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, (KL, JB, Penang) tetapi hakikatnya aku dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan dan tidak pernah tinggal disana untuk jangka masa yang panjang. Aku tidak sedikit pun rasa malu walaupun status budak Kelantan (Bukan movie tu yer...) sering dicemari oleh propaganda2 yang berbaur perkauman dan serba sedikit menjatuhkan maruah.

Entri kali ini ditulis bertujuan untuk memberi info serba sedikit tentang penggunaan loghat Kelantan dalam Bahasa Melayu kita. Artikel ini juga ditulis untuk memberi peringatan kepada anak2 jati Kelantan yang merantau di negeri orang seperti aku, supaya jangan lupa daratan dan tidak cuba menipu diri sendiri semata-mata tidak mahu diketahui orang tempat asal di Kelantan. Dah banyak aku jumpa spesies macam ni..

Kiranya entri kali ni macam mini kamus la,, Untuk kawan2 yang tak faham dengan loghat pantai timur ni, boleh la belajar serba sedikit dan cuba 'counter attack' kalau ada kawan-kawan yang sedang bertutur dalam loghat Kelantan. Kalau nak bercuti ke Pantai Timur pun boleh la rujuk sini sikit2. Kebanyakan perkataan2 dalam loghat ni memang pelik dan kelakar bunyinya (fakta ini dipersetujui oleh banyak pihak.)

Apa yang di tertera dalam entri kali ini ialah perkataan2 yang telah diubah sepenuhnya dari perkataan asal.

Anjing - anyi
Bagaimana - guano
Bergaduh/bertumbuk - gocoh
Beritahu - ghoyak
Berzikir - ngatek
Bodoh/gila - bengo
Cakap - kecek
Duit baki - nyucur
Garang - bekeng
Gatal (gedik) - gelenya
gigit - kekoh
Iklan - ngepe
Jalanraya - tembok
jambatan - re'tok
Kawan - saing
Kamu - demo
Koyak - soyok
Keluar - tubek
Kuaci - kace ralit (kace=kacang, ralit=leka.. kacang leka)
Lontar / baling - pek-kong
Melampau - berdo'oh
Menggelupur - nyetok
Pukul - katok / te
Plastik - supek
Parut (parut kelapa), kikis - kokok
Rambutan - Mok-te
Rempah - awah
Samseng - gedebe
Tak nak - tokse
Tembikai - timung (timun) cino (sebab kat Kelantan cina ramai tanam tembikai)

Ini adalah antara perkataan2 yang dapat aku ingat setakat ini, mungkin bersambung lagi entri ini kalau aku dapat belajar yang lain. Mesti ramai diantara korang2 yang baca ni sedang berguling2 gelak atau hempas2 kepala di keyboard, tapi inilah asal usul aku, bahasa moyang aku, bahasa yang ibu ayah aku ajar di rumah, darah yang mengalir dalam badan aku darah keturunan Tok Janggut, anak Kelantan jati walaupun tidak pernah membesar disana. Kedua ayah ibu aku asal juga dari Kelantan.

Selamat berjaya berborak dengan orang Kelantan.. =)

0 comments:

Post a Comment